Blog Pena Hijau : Hijaukan Bumi Allah

MC 3 Hari


Alkisah pagi 27 Jan 2020, orang rumah bagitau mata belah kiri merah-merah. Tilik kat cermin memang betul merah. Patut la 2 3 malam ni bila bangun tidur je banyak sangat tahi mata banding kebiasaan. Tak de pulak aku nak tilik cermin tengok kenape banyak tahi mata.. maklum la dah tahu muka tak hensem. Buat ape nak tilik cermin kan.. HAHAHA..

Malam tu, aku pun pergi la klinik swasta. Alang-alang aku memang dah sminggu duk batuk dan selsema tak hilang-hilang lagi, aku pergi jumpa doktor dengan pakej siap batuk, selsema dan sakit mata. Yang tak puas hati nye.. doktor tu check gitu-gitu je. Aku dah siap cakap dah aku batuk, sakit mata.. hahaha... last-last dapat ubat selsema, antibiotik, panadol dan ubat kumur. HAHAHAHA...

Aku tak puas hati. Pagi esok aku pergi klinik kerajaan. Alhamdulillah.. Blood Pressure (BP) aku normal. Suhu badan pun normal 36.9°C. Punya la seksa menunggu giliran. Yang tak demam boleh jadi demam. HAHAHA.. Sampai no giliran, masuk bilik doktor. Doktor check mata kiri dan beritahu ada luka sedikit. Kalau tak dirawat boleh jadi selaput mata. Aku mula fikir... mula ingat balik... macam mana boleh ada luka kat mata?? Hhmmm...

Doktor pun buka laci dia untuk ambil sesuatu. "Saya bagi cuti 3 hari la. Direct sampai hari khamis ni tak payah masuk kerja. Nanti hari ahad ni kalau mata masih merah, datang klinik lagi untuk follow up". 2 hari cuti raya Cina ditambah dengan MC 3 hari. seminggu aku tak masuk keje.. HAHAHA....

Suka la suka... harap-harap aku cepat sembuh... 

Post a Comment

0 Comments