Kenali Nabi Muhammad SAW : Pena Hijau

Kenali Nabi Muhammad SAW

Formula Menjemput Rezeki
12 Nov 2014
Tribute To Almarhum Tok Guru Nik Aziz
1 Mar 2015
Formula Menjemput Rezeki
12 Nov 2014
Tribute To Almarhum Tok Guru Nik Aziz
1 Mar 2015
icon follow us

Nama : Muhamad bin Abdulllah bin Abdul Muthalib bin Hashim bin Abdul Manaf bin Qusai bin Kilab bin Murrah bin Ka’ab
Nama-nama lain : Ahmad / Al-Mahi  / Al-Hasyir / Al-A’qib / Al-Mutawakkil 
Nama-nama Gelaran : Abu Qasim / Al-Amin 
Bangsa : Arab Quraisy 
Agama : Islam 
Tarikh Lahir : Hari Isnin, 12 Rabi’ul Awal Tahun Gajah ( Riwayat lain 9 Rabiu’l Awal ) Bersamaan 20 April 571 Masihi 
Bidan Nabi : Ummu Mas’ud 
Tempat Lahir : Di Syua’ib Bani Hashim di Makkah 
Bilangan Adik-beradik : Anak tunggal [ anak yatim ] 
Nama Ibu : Aminah binti Wahab bin Abdul Manaf bin Zahrah bin Kilab 
Nama Ibu Susuan : 
  1. Thuwaibah [ hamba Abu lahab ]
  2. Halimah bt. Abu Zuaib as-Sa’diah 
Nama-nama Pengasuh : 
  1. Aminah 
  2. Thuwaibah 
  3. Halimatun as-Sa’diyah 
  4. Barakah al-Habsyiyyah digelar Ummu Aiman, hamba perempuan bapa Rasulullah SAW 
Nama-nama Isteri : 
  1. Khadijah bt. Khuwailid 
  2. Saudah 
  3. A’isyah bt. Abu bakar 
  4. Hafsah bt. Umar 
  5. Zainab bt. Khuzaimah 
  6. Hindun bt. Abi Umaiyah 
  7. Zainab bt. Jahsyi 
  8. Juwairiah bt. Al-Haris 
  9. Ramlah bt. Abi Sufian 
  10. Sufiah bt. Huyi 
  11. Maimunah bt. Al-Haris 
Nama-nama Anak : 
  1. Qasim 
  2. Abdullah 
  3. Ibrahim 
  4. Fatimah 
  5. Zainab 
  6. Ummu Kalsum 
  7. Ruqayyah 
Nama-nama Bapa Saudara : 
  1. Hamzah 
  2. Al-Abbas 
  3. Abu Talib 
  4. Abu Lahab 
  5. Az-Zubir 
  6. Abdul Ka’bah 
  7. Al-Muqawim 
  8. Dhirar 
  9. Qusam 
  10. Al-Mughirah 
  11. Al-Ghaidak 
Nama-nama Emak Saudara Sebelah Ibu Dan Bapa : 
  1. Sufiah 
  2. A’tikah 
  3. Barrah 
  4. Urwa 
  5. Umaimah 
  6. Ummu Hakim Al-Baidha’ 
Bapa Saudara Dan Emak Saudara Yang Memeluk Islam : 
  1. Hamzah 
  2. Al-A’bbas 
  3. Sufiah 
  4. Urwa 
Nama-nama Hamba Sahaya Perempuan : 
  1. Mariah al-Qibtiah 
  2. Raihanah 
Nama-nama Hamba Lelaki : 
  1. Aslam 
  2. Abu Rafi’ 
  3. Sauban 
  4. Abu Kabsyah Sulaim 
  5. Syurqan 
  6. Yasar Nubi 
Nama Anak Angkat : 
  1. Zaid bin Harithah bin Syarahil 
Nama-nama Khadam : 
  1. Anas bin Malik 
  2. Abdullah bin Mas’ud 
  3. ‘Uqbah bin ‘Amir 
  4. Asla’ bin Syarik 
  5. Bilal bin Rabah 
  6. Abu Zar al-Ghiffari 
Setiausaha Nabi Sebagai Pencatat Al-Quran : 
  1. Abu Bakar 
  2. Umar 
  3. Uthman 
  4. Ali 
  5. Zubir 
  6. Amir 
  7. Amru Al-‘As 
  8. Zaib bin Thabit 
  9. Muawiyyah 
  10. Ubai bin Kaa’b 
  11. Abdullah bin Rawa 
Setiausaha Sulit : 
  1. Huzaifah b. Yaman 
Sifat Fizikal : 
  1. Badan tinggi sedang 
  2. Rambut ikal mayang 
  3. Muka bulat, putih kemerahan, mata hitam gelap 
  4. Bulu dada nipis, keseluhan badan tidak berbulu 
  5. Bulu mata panjang, suara kasar, gigi hadapan renggang 
Sifat-sifat Yang Wajib Bagi Seorang : 
  1. Siddiq [ benar ] 
  2. Amanah [ jujur] 
  3. Tabligh [ menyampaikan ] 
  4. Fatanah [ bijkasana ] 
Sifat-sifat Yang Mustahil: 
  1. Kazib [ dusta ] 
  2. Khianah [ pecah amanah] 
  3. Kitman [ menyembunyikan ] 
  4. Baladah [ bodoh] 
Sifat-sifat Yang Harus : Makan, minum, tidur, berkahwin, sakit, demam. 
Pendidikan : Al-Ummiy [ tidak pandai membaca dan menulis ] 
Pekerjaan : 
  1. Gembala Kambing 
  2. Berniaga 
Perlantikan Menjadi Nabi dan Rasul : Umur 40 tahun di Gua Hira’ 
Guru Pertama : Malaikat Jibril ‘Alaihi Salam 
Tugas Utama : Menyeru manusia menyembah Allah SWT 
Jawatan Yang Diamanahkan : 
  1. Menjadi Nabi 
  2. Menjadi Rasul kepada umat manusia dan jin 
  3. Ketua Pemerintah kerajaan Islam di Madinah 
Keistimewaan : 
  1. Sebaik-baik makhluk yang dicipta 
  2. Mempunyai mukjizat terbesar dan terutama Al-Qur’an 
  3. Penghulu dan penutup segala Nabi dan Rasul [ Khatamun Nabiyyin ] 
  4. Manusia pertama masuk Syurga 
Gelaran Dari Kalangan Nabi : 
  1. Ulul ‘Azmi أولوالعزم [ banyak menempuhi ujian berat daripada Allah ] 
  2. صلى الله عليه وسلم 
Kenangan Manis : Dibawa melancong dalam peristiwa Isra’ dan Mi’raj 
Kenangan Pahit : 
  1. Diusir oleh penduduk Ta’if 
  2. Semasa peperangan Uhud 
Pengalaman Pertama Menerima Wahyu : Turunnya al-Quran Ayat Iqra’ [1-5 ayat, di Gua Hira’] pada 12 Rabiu’l Awal 
Pengalaman Yang Paling Menakutkan : Ketika melihat rupa asal Malaikat Jibril a.s. di ruang angkasa 
Hijrah ke Madinah : Umur 53 tahun ditemani Abu Bakar as-Siddiq, sampai Madinah pada tanggal 12 Rabiulawal bersamaan 24 September 622M 
Orang Yang Pertama Didakwah Dan Memeluk Islam : 
  1. Lelaki Dewasa : Abu Bakar as-Siddiq 
  2. Perempuan Dewasa : Khadijah [ isteri Nabi ] 
  3. Kanak-kanak : Ali bin Abu Talib 
  4. Hamba : Zaid bin Harithah 
Sahabat-sahabat Kanan : 
  1. Abu bakar as-Siddiq 
  2. Umar al-Khattab 
  3. Uthman bin Affan 
  4. Ali bin Abu Talib 
Mertua Dan Menantu Dari Kalangan Sahabat : 
  1. Abu Bakar dan Umar [ mertua ] 
  2. Uthman dan Ali [ menantu ] 
Berita Yang Mengembirakan : Keislaman Umar bin al-Khattab 
Berita Yang Menyedihkan : 
  1. Kematian Khadijah bt. Khuwailid [isteri Nabi] 
  2. Abu Talib bin Abdul Mutalib [bapa saudara Nabi] 
  3. Hamzah bin Abdul Mutalib [bapa saudara Nabi] 
Peristiwa Yang Mengembirakan : Pembukaan Kota Mekah 
Penglibatan Dalam Peperangan : 
  1. Peperangan Badar 
  2. Uhud 
  3. Khandak 
  4. Khaibar 
  5. Al-Fath 
  6. Hunain 
  7. Tabuk 
Nama Tempat Yang Pernah Dilawati : 
  1. Syam 
  2. Baitul Maqdis [ Palestin ] 
Catat Rekod Dunia : Pengembaraan yang jauh dari bumi ke langit sehingga ke Sidratul Muntaha bermula selepas waktu Isya’ hingga sebelum masuk waktu Subuh [ Isra’ & Mi’raj ] 
Isteri Yang Paling Disayangi : ‘Aisyah [ ketika kesemua isteri-isteri Nabi masih hidup ] 
Anak Yang Paling Disayangi : Fatimah 
Cucu Yang Paling Disayangi : 
  1. Hassan bin Ali 
  2. Hussin bin Ali 
Sahabat Yang Paling Disayangi : Abu Bakar 
Nasihat Nabi : 

“Jadikanlah kamu sebagai orang musafir yang sedang dalam perjalanan.” 

Wasiat Nabi : 
Dalam Khutbah Wida’ [ Khutbah Selamat Tinggal ]

“Aku tinggalkan dua perkara , kamu tidak akan sesat selama-lamanya sekiranya kamu berpegang dengan keduanya iaitu Kitab Allah dan Sunnahku.” 

Syafaat Nabi : Kepada umat yang sentiasa berselawat ke atasnya. 
Tarikh Wafat : Waktu pagi hari Isnin, 12 Rabiu’l Awal 11 H bersamaan 8 Jun 632M pada umur 63 tahun, 4 hari 
Sabda Rasulullah SAW: 

“Sesiapa yang menghidupkan sunnahku, maka sesungguhnya dia telah mencintai aku. Dan sesiapa yang mencintai aku nescaya dia bersama-samaku di dalam syurga.” 

(Riwayat Al-Sajary daripada Anas )
alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.

Leave a Reply

Kenali Nabi Muhammad SAW
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more