Jawatan Kosong di Tenaga Nasional Berhad (TNB)

Tenaga Nasional Berhad (TNB) adalah sebuah syarikat utiliti elektrik terbesar di Malaysia yang tersenarai di papan utama Bursa Malaysia dan memberikan perkhidmatan kepada lebih dari 7 juta pelanggan di Semenanjung Malaysia serta Sabah. TNB memainkan peranan penting dalam kemajuan negara, ekonomi serta kesejahteraan rakyat dengan menyediakan perkhidmatan yang berdaya harap dan efisyen.

Bagi memastikan kecemerlangan perkhidmatan TNB berterusan serta mendokong visi kepimpinan yang strategik, TNB terus berusaha untuk mencari bakat-bakat baru dan dengan ini menjemput mereka yang berkelayakan untuk berkhidmat dengan TNB.

Calon-calon yang berminat digalakkan memohon secara online. Permohonan yang tidak lengkap atau format hard copy tidak akan diberi pertimbangan.

Permohonan perlu dimajukan sebelum 5 Disember 2010.

Hanya calon yang disenarai pendek akan dimaklumkan.

Sebarang pertanyaan, sila hubungi 03-2296 6651 (Fariq Ali Ahmad) / 03-2296 6523 (Muzaleeza).

Post a Comment

0 Comments