Jawatan Kosong di Majlis Daerah Sabak Bernam



Permohonan adalah dipelawa daripada Rakyat Kelahiran Negeri Selangor dan keutamaan diberi kepada yang lahir di Daerah Sabak Bernam serta berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan untuk mengisi jawatan kosong di Majlis Daerah Sabak Bernam.

1. PEGAWAI PENILAIAN, GRED W41
2. JURUTEKNIK PERANCANG BANDAR DAN DESA, GRED J17

DOWNLOAD IKLAN

CARA MEMOHON :
  1.  Permohonan hendaklah menggunakan Borang MDSB dengan bayaran RM2.00 bagi setiap borang yang boleh didapati dari Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia, Majlis Daerah Sabak Bernam dengan cara datang sendiri ke pejabat ini.
  2. Borang- borang permohonan hendaklah lengkap diisi dengan terang.
  3. Borang- borang permohonan mestilah disertakan dengan salinan (fotostat) Kad Pengenalan, Sijil Kelahiran, salinan lesen memandu dan Sijil- Sijil Persekolahan, kelulusan akedemik (termasuk ijazah, Diploma – jika berkenaan), transkip keputusan peperiksaan semua semester serta sekeping gambar berukuran pasport. Semua dokumen hendaklah di SAHKAN daripada salinan asal. Nama jawatan yang dipohon hendaklah dicatat di sebelah kiri atas sampul surat.


Permohonan yang telah lengkap hendaklah dihantar kepada :

Yang Dipertua,
Majlis Daerah Sabak Bernam,
45300 Sungai Besar,
Selangor Darul Ehsan.

Tarikh tutup permohonan ialah pada 10 DISEMBER 2010

Post a Comment

0 Comments