Jawatan Kosong di Yayasan Selangor



Permohon-pemohon adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan di Yayasan Selangor seperti berikut:

  1. Jawatan : (Pengurusan & Pendidikan)
    Kumpulan Perkhidmatan : Pengurusan
    Taraf Jawatan : Kontrak/Tetap
    Gaji Asas : Mengikut Skim Yayasan Selangor
    Syarat Lantikan : Tawaran ini dibuka kepada sesiapa yang berminat dan berkelayakan seperti:
    • Kelulusan asas memiliki Ijazah Sarjana Muda yang diiktiraf oleh Kerajaan; atau
    • Keutamaan diberikan kepada calon yang memiliki kelayakan Sarjana ( Master) atau Phd yang diiktiraf oleh Kerajaan;dan
    • Lulus Bahasa Malaysia diperingkat Sijil Pelajaran Malaysia
  2. Jawatan : Sokongan I & II
    Kelayakan Akademik : Mempunyai Diploma atau Sijil Pelajaran Malaysia atau setaraf dengan nya oleh Kerajaan;DAN Lulus mata pelajaran Bahasa Malaysia.

KEUTAMAAN SYARAT LANTIKAN:

  • Warganegara Malaysia
  • Calon mestilah berusia tidak kurang daripada 45 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan.
  • Calon hendaklah mempunyai pengalaman kerja.
  • Calon mestilah mempunyai pengalaman dalam pengurusan dan pendidikan serta yang berkaitan.

CARA MEMOHON.

  1. Borang permohonan boleh diperolehi melalui laman Web Yayasan Selangor 
  2. Pemohon juga hendaklah menghantar resume berserta dengan borang permohonan perjawatan, di Jabatan Sumber Manusia Yayasan Selangor.
  3. Permohonan hendaklah disertakan dengan salinan sijil-sijil yang berkaitan dan telah disahkan.

PERMOHONAN HENDAKLAH DIHANTAR:

Borang yang lengkap diisikan hendaklah dihantar ke alamat di bawah. Sila tuliskan nama jawatan yang dipohon di bahagian atas sebelah kiri sampul surat:

JABATAN SUMBER MANUSIA
Yayasan Selangor
Tingkat 18, Menara Yayasan Selangor
No.18A, Persiaran Barat, 46000 Petaling Jaya,SELANGOR
Tel: 03-79551212 EXT 182/185/191 Fax No: 79541790

Semua permohonan hendaklah sampai tidak lewat dari tarikh tutup iklan pada 31 Disember 2010.

Hanya calon yang disenaraikan pendek yang akan dipanggil menghadiri temuduga.

Calon yang tidak menerima jawapan dalam masa 4 bulan dianggap tidak Berjaya.

Muaturun Borang Permohonan

Post a Comment

0 Comments