Jawatan Kosong di Balai Seni Lukis Negara



Balai Seni Lukis Negara menawarkan 2 Jawatan kosong untuk tenaga pengajar Bahagian Jaringan dan Pendidikan (Kontrak selama 3 bulan)
  1. Jangkamasa dan jadual kontrak adalah pada bulan Februari – April 2011/ Mei – Julai 2011/ Ogos – Oktober 2011, Setiap hari Sabtu dan Ahad (Kecuali hari cuti awam)
  2. Bayaran Tenaga Pengajar : RM 800 sebulan, 2 jam sehari Sabtu & Ahad
  3. Syarat-syarat tenaga pengajar:
    • Mempunyai sijil-sijil yang berkaitan dalam bidang seni atau menceburi bidang seni tidak kurang daripada 3 tahun.
    • Berpengalaman sebagai tenaga pengajar untuk kanak-kanak berumur 7-12 tahun, remaja berumur 13-17 tahun dan golongan orang kurang upaya (OKU).
    • Bersikap tanggungjawab, berdikari dan berdedikasi.
  4. Tenaga pengajar bertanggungjawab menyediakan bahan pengajaran kepada pelajar untuk setiap sesi.
  5. Kertas cadangan bahan pengajaran mestilah merangkumi:
    • Pengenalan dan asas sejarah seni
    • Pengetahuan dalam sejarah pelukis dan penggiat seni dalam module pengajaran.
    • Mempunyai tajuk, tujuan dan objektif, hasil akhir pembelajaran serta rujukan yang jelas dan fokus
  6. Sijil-sijil yang berkaitan, kertas kerja dan biodata lengkap tenaga pengajar boleh dihantar kepada :
Bahagian Jaringan dan Pendidikan
Balai Seni Lukis Negara
No. 2, Jalan Temerloh,
Off Jalan Tun Razak,
53200 Kuala Lumpur
( u.p Encik Mohd. Razmi Ab Rashid )

Atau email: razmi@artgallery.gov.my

---------------------------------------

Balai Seni Lukis Negara (BSLN), Sebuah Badan Berkanun di bawah Kementerian Kementerian Penerangan Komunikasi Dan Kebudayaan Malaysia sedang membuat pengisian bagi jawatan berikut;


  1. AHLI FOTOGFARI GRED B17  (KONTRAK) - 2 Kekosongan
DOWNLOAD BORANG PERMOHONAN

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan tersebut. Tarikh tutup permohonan pada 21 Januari 2011. Sila layari laman web di bawah untuk keterangan selanjutnya. www.artgallery.gov.my

Post a Comment

0 Comments