Jawatan Kosong di Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia


Institut Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia (IPPBM) merupakan sebuah pusat penyelidikan nasional, di bawah naungan Kementerian Belia dan Sukan, mempelawa kepada semua warga negara di seluruh Malaysia (keutamaan diberikan kepada Guru-Guru Sekolah) yang berminat untuk menjadi pembanci (enumerator) bagi melaksanakan kerja lapangan Kajian Indeks Belia Malaysia 2010 yang akan bermula pada Januari 2011.

Pembanci yang berjaya akan dipertanggungjawabkan melaksanakan kerja lapangan secara sambilan selama sepuluh hari di daerah tempat tinggal pembanci. IPPBM akan memberikan saguhati sebagai penghargaan sepanjang tempoh kerja lapangan tersebut.

Calon yang berminat untuk menjadi pembanci (enumerator) bagi Kajian Indeks Belia Malaysia 2010 boleh:-
1. Mengisi borang secara online ATAU

2. Mengemukakan maklumat-maklumat seperti di bawah ke alamat emel research@ippbm.gov.my
Nama
No. Kad Pengenalan
Pekerjaan
Alamat Rumah
Alamat Tempat Bertugas
No. Tel. Bimbit
No. Pejabat / Rumah
Emel
ATAU

3. Fakskan Borang Permohonan ke 03-8871 3342
(Klik untuk muat turun >> Borang Permohonan Enumerator

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi kami di talian 03-8871 3036 (Dymphna J. Lingkayan) atau 03-8871 3235(Mohd Rizal)

Tarikh tutup permohonan ialah pada atau sebelum 29 Januari 2011

Post a Comment

0 Comments