Jawatan Kosong di Jabatan Pelajaran Melaka


Permohonan jawatan Guru Sandaran Tidak Terlatih (GSTT) di sekolah-sekolah Menengah Kebangsaan Negeri Melaka bagi tahun 2011 adalah dibuka mulai 1 – 31 Januari 2011.
Pemohon yang mempunyai syarat-syarat di bawah sahaja dipelawa memohon:
  1. Warganegara Malaysia;
  2. Lahir selepas atau pada tahun 1977;
  3. Mempunyai Ijazah Sarjana Muda (sudah mempunyai skrol) dari Universiti yang diiktiraf;
  4. Kepujian dalam Bahasa Melayu di peringkat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang setaraf dengannya dan mendapat kepujian dalam tiga mata pelajaran lain;
  5. Bagi lantikan guru-guru Agama, calon-calon hendaklah mempunyai kelulusan Bahasa Arab sekurang-kurangnya peringkat SPM, matapelajaran Agama Islam Tinggi ataupun IV Senawi.

Borang permohonan boleh didapati di Unit Sekolah Menengah, Jabatan Pelajaran Melaka atau boleh dimuat turun di sini.

Borang yang sudah dilengkapkan hendaklah dihantar ke Unit Sekolah Menengah, Jabatan Pelajaran Melaka, Jalan Istana 75450 Bukit Beruang, Melaka selewat-lewatnya pada 31 Januari 2011. Kekosongan adalah terhad dan sebarang permohonan lewat dari tarikh yang dinyatakan tidak akan dilayan.

Post a Comment

0 Comments