Jawatan Kosong di Jabatan Pendaftaran Negara

Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia untuk mengisi jawatan berikut di Jabatan Pendaftaran Negara, Malaysia.

Pemandu Kenderaan Gred R3

Cara Memohon:

Permohonan hendaklah dibuat menggunakan borang permohonan AKS Bil.1/11 yang boleh didapati secara percuma di Bahagian Khidmat Pengurusan dan Sumber Manusia, Aras 10, Ibu Pejabat, Jabatan Pendaftaran Negara, Malaysia Putrajaya, Ibu Negeri, Jabatan Pendaftaran Negara, Negeri-negeri di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Borang Permohonan boleh juga di dapati melalui laman web www.jpn.gov.my. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dikemukakan dengan bersama-sama :-
  • Salinan sijil kelahiran
  • Gambar berukuran passport (dilekatkan di muka hadapan borang)
  • Salinan MyKad
  • Salinan sijil berhenti sekolah; dan
  • Salinan sijil-sijil keputusan peperiksaan bagi kelayakan yang disyaratkan yang telah disahkan.
Lain-lain dokumen boleh dikemukan jika tuan/puan dipanggil temuguda dan setiap dokumen perlu disahkan terlebih dahulu

Permohonan hendaklah sampai kepada:

Ketua Pengarah
Jabatan Pendaftaran Negara, Malaysia
Bahagian Khidmat Pengurusan Dan Sumber Manusia
Aras 10, No.20, Persiaran Perdana, Presint 2
62551 Wilayah Persekutuan Putrajaya.

Tarikh Tutup Permohonan Pada 31 Januari 2011.

Post a Comment

0 Comments