Jawatan Kosong di Institut Integriti Malaysia




Institut Integriti Malaysia (IIM) mempelawa Warganegara Malaysia yang berumur tidak kurang dari 18 tahun semasa iklan ditutup serta berkelayakan dan bermotivasi tinggi untuk mengisi jawatan berikut :-


BIL. JAWATAN GRED JADUAL GAJI
------------------------------------------------------------------------------------------
1. SETIAUSAHA PEJABAT IIM 27 T1 RM1,274.13– T26 RM3,213.25
2. PEMBANTU TADBIR IIM 17 T1 RM871.81 – T24 RM2,272.50
(PEKERANIAN/OPERASI)
------------------------------------------------------------------------------------------
* Gaji adalah tidak termasuk imbuhan/elaun.


KELAYAKAN
Jawatan 1
a) Diploma Sains Kesetiausahaan daripada politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; ATAU
b) Diploma Pengurusan dan Teknologi Pejabat daripada UiTM atau kelayakan yang diiktiraf;
c) Kepujian Bahasa Malaysia/ Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
d) Mempunyai pengalaman kerja sekurang-kurangnya tiga (3) tahun dalam bidang yang berkaitan;
e) Calon-calon yang mempunyai pengalaman atau sedang berkhidmat dengan kerajaan secara kontrak dalam bidang berkaitan adalah diberikan keutamaan; dan
f) Boleh bertutur dan menulis dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris dengan baik

Jawatan 2
a) Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan; dan
b) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
c) Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan mengendalikan komputer.

Cara Memohon
a) Permohonan hendaklah menggunakan Borang (IIM/AD15 Pind.2011) yang boleh diperoleh di IIM atau (muat-turun disini).
b) Semua permohonan hendaklah disertakan salinan sijil/dokumen sokongan, salinan kad pengenalan yang telah disahkan dan sekeping gambar berukuran pasport (tidak dikembalikan) dan dihantar kepada:

Presiden
Institut Integriti Malaysia (IIM)
Menara Integriti
Persiaran Duta Off Jalan Duta
50480 Kuala Lumpur
(u.p : Pengurus Sumber Manusia)

c) Sila tuliskan Nama Jawatan Yang Dipohon di sebelah atas kiri sampul suratpermohonan.
d) IIM berhak menolak pemohon yang mengemukakan permohonan yang tidak lengkap dan sebarang rayuan adalah tidak dilayan; dan
e) Tarikh tutup permohonan ialah pada 15 Mac 2011.

Catatan
Hanya calon-calon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk ditemu duga. Calon-calon yang tidak menerima jawapan selepas enam (6) bulan dari tarikh iklan ditutup hendaklah menganggap bahawa permohonan mereka tidak berjaya

Post a Comment

0 Comments