Jawatan Kosong di Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia



Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), sebuah agensi Badan Berkanun di bawah Kementerian Pengangkutan Malaysia mempelawa calon-calon yang berkelayakan dalam bidang yang berkaitan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut:

JAWATAN :

1. PEGAWAI KHIDMAT PELANGGAN N17
2. PEMBANTU AM PEJABAT N1

DOWNLOAD IKLAN

DOWNLOAD BORANG PERMOHONAN


PERHATIAN KEPADA PEMOHON
 

(a) Pemohon perlu menghantar borang permohonan jawatan kosong bersama salinan sijil-sijil yang telah disahkan. Sila nyatakan jawatan yang dipohon pada bahagian atas sebelah kiri sampul surat (jika mengunakan perkhidmatan pos).

(b) Borang permohonan boleh didapati dari laman web MIROS: www.miros.gov.my atau datang sendiri ke Unit Pentadbiran, Bahagian Pentadbiran dan Kewangan, Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia, Lot 135, Jalan TKS 1, Taman Kajang Sentral, 43000 Kajang, Selangor. Untuk sebarang keterangan lanjut, sila hantarkan emel kepada zurianti@miros.gov.my (Zurianti Bt. Zamrud).

(c) Borang permohonan yang telah lengkap diisi beserta salinan sijil-sijil akademik hendaklah dihantar melalui pos ke alamat kami seperti yang dinyatakan di atas pada atau sebelum 18 Februari 2011.

Post a Comment

0 Comments