Jawatan Kosong di Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia


PERBADANAN KEMAJUAN FILEM NASIONAL MALAYSIA
Sejajar dengan tanggungjawab sebagai pemangkin kepada kecemerlangan industri perfileman Malaysia, FINAS berusaha melaksanakan pelbagai transformasi untuk melangkah ke Persada Dunia. Bagi memenuhi matlamat tersebut, FINAS menjemput warganegara Malaysia yang berkelayakan, berpengalaman dan berminat dalam bidang perfileman serta berdedikasi bagi mengisi kekosongan jawatan yang bertaraf tetap seperti berikut:
PENGAMBILAN SECARA TETAP
1. PENOLONG AKAUNTAN – W27
(a) Jawatan :PENOLONG AKAUNTAN – W27
(b) 
Taraf Jawatan : Tetap
(c) 
Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
(d) 
Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Kewangan
(e) 
Gred dan Jadual Gaji :Gred W27
P1T1 RM 1209.09 – P1T26 RM 3031.64
P2T1 RM 1278.67 – P2T26 RM 3217.79
P3T1 RM 1351.27 – P3T26 RM 3409.80
Syarat Lantikan
(f) warganegara Malaysia
(g) Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 54 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
(h) i. Diploma dalam bidang Pengajian Perdagangan, Pengajian Bank atau Pengajian Perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi – institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred W27: P1T5); atau
ii. Licentiate of Chartered of Secreataries and Administrator of United Kingdom dalam bidang kewangan yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred W27: P1T8);
iii. (i) Lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk Lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan
Pegawai sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Pembantu Akauntan adalah layak dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Penolong Akauntan Gred W27, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan;
(a) Mempunyai kelayakan salah satu di para h (i) dan (ii) di atas ; atau
(b) 
Lulus peperiksaan Khas; dan
(c) 
berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

2. PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) - N17
(a) Jawatan :PEMBANTU TADBIR (PERKERANIAN/OPERASI) - N17 
(b) 
Taraf Jawatan : Tetap
(c) 
Kumpulan Perkhidmatan : Sokongan
(d) 
Klasifikasi Perkhidmatan : Perkhidmatan Pentadbiran & Sokongan
(e) Gred dan Jadual Gaji : Gred N17
P1T1 RM820.38 – P1T24 RM2151.35
P2T1 RM871.81 – P2T24 RM2272.50
P3T1 RM924.75 – P3T24 RM2397.95
Syarat Lantikan
(f) Warganegara Malaysia
(g) (g) Berumur tidak kurang 18 tahun dan tidak melebihi 54 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan;
(h) i. Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.(Gaji permulaan ialah pada Gred N17: P1T1); atau
ii. Sijil Perancang Bandar dan Wilayah daripada UITM yang diiktiraf oleh Kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya.(Gaji permulaan ialah pada Gred N17: P1T6); atau
iii. Sijil Institut Pertanian atau kelayakan yang diiktiraf setarafdengannya oleh Kerajaan. (Gaji permulaan ialah pada Gred N17: P1T8); atau
iv. Sijil dalam bidang Kejuruteraan Ukur Tanah atau Perancang Bandar dan Wilayah yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada Politeknik-politeknik tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred N17: P1T9);
(i) Kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan.
(Keutamaan diberi kepada calon yang berkebolehan mengendalikan komputer dan/atau mengambil trengkas).
Syarat Kenaikan Pangkat Secara Lantikan
Pegawai sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Pembantu Tadbir Rendah adalah layak dipertimbangkan untuk kenaikan pangkat secara lantikan ke jawatan Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) Gred N17, apabila telah disahkan dalam perkhidmatan dan;
(a) Mempunyai kelayakan salah satu di para h (i), (ii), (iii) dan (iv) di atas; atau 
(b) 
Lulus Peperiksaan Khas dan 
(c) 
berumur kurang dari 54 tahun pada tarikh lantikan.

Borang Permohonan Jawatan di FINAS

CARA MEMOHON

(a) Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan borang PKFNM 1/96 yang boleh diperolehi secara percuma dari Unit Pengurusan Sumber Manusia, Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia, Kompleks Studio Merdeka, Jalan Hulu Kelang, 68000 Ampang, Selangor (Tel: 03-41041300) atau dari laman web http://www.finas.gov.my. Borang salinan pendua boleh digunakan.
(b) Semua permohonan hendaklah disertakan dengan 'resume' dan sekeping gambar terbaru berukuran pasport, salinan Sijil Kelahiran, salinan Kad Pengenalan, salinan Sijil Persekolahan dan kelulusan serta dokumen-dokumen lain yang berkaitan. Semua salinan dokumen mesti disahkan.
ALAMAT DAN TARIKH TUTUP PERMOHONAN
(a) Borang permohonan yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar dengan menulis nama jawatan yang dipohon di sebelah atas kiri sampul surat denganHURUF BESAR dan dialamatkan kepada :
Ketua Pengarah
Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia
Kompleks Studio Merdeka, Jalan Hulu Kelang
68000 Ampang, Selangor
(u.p.: Unit Pengurusan Sumber Manusia)
(b) Tarikh tutup: 7 Mac 2011
CATATAN AM
(a) Hanya pemohon-pemohon yang layak selepas tapisan sahaja akan dipanggil untuk temuduga.
(b) Segala perbelanjaan bagi menghadiri temuduga jawatan ini ditanggung sepenuhnya oleh pemohon.
(c) Pemohon-pemohon yang tidak menerima jawapan/maklumat selepas enam (6) bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Post a Comment

0 Comments