Jawatan Kosong di Kerajaan Negeri Kedah

Warganegara Malaysia yang berkelayakan adalah dipelawa untuk memohon bagi mengisi kekosongan jawatan dalam perkhidmatan Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman (keutamaan akan diberikan kepada rakyat Negeri Kedah Darul Aman).
Jawatan yang ditawarkan adalah:
Nama Jawatan
Gred
No.Fail
Deskripsi Tugas
Penolong Pegawai Teknologi Maklumat
F29
SPA(K) /S/050 Bertanggungjawab untuk mem- bangun program baru bagi sesuatu sistem gunaan komputer, mem-perkembangkan sistem yang sedia ada bagi memenuhi keperluan semasa, penyelenggaraan sistem dan memberikan latihan serta bantuan teknikal kepada pihak pengguna.
Juruteknik Komputer
FT17
SPA(K)/S/084 Bertanggungjawab terhadap penyenggaraan sistem, penyenggaraan aplikasi dan operasi sistem yang merangkumi kerja-kerja penyenggaraan pencegahan, kelengakapan serta peningkatan keupayaan komputer, pemasangan kabel, instalasi program dan sebagainya.
Pembantu Belia Dan Sukan
S17
SPA(K)/S/087 Membantu melaksanakan program-program serta aktiviti belia dan sukan di peringkat negeri/Jabatan/Daerah.
Pembantu Pertanian
G17
SPA(K)/S/014 BHG.3 Membantu merancang, mengesan dan menyelia projek-projek pertanian berkelompok, belia dan usahawan tani serta aktiviti khidmat pengembangan pertanian.
Pemohon-pemohon hendaklah membuat permohonan secara online (atas talian) di www.spakedah.gov.my , anda perlu mendaftar untuk memohon sekiranya anda belum berbuat demikian.
Tarikh tutup permohonan jawatan: 28 Mac 2011.

Post a Comment

0 Comments