Jawatan kosong di Majlis Daerah Hulu Selangor

Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan. Keutamaan kepada rakyat Negeri Selangor yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan berikut:-
  1. Pegawai Tadbir N41
  2. Pembantu Kesihatan Awam U17
CARA MEMOHON
  1. Permohonan hendaklah menggunakan Borang MDHS 1 yang boleh dibeli di Jabatan Khidmat Pengurusan dengan harga RM2.00 tunai/naskah atau dimuatkan di laman web www.mdhs.gov.my.( Percuma ).
  2. Borang permohonan hendaklah lengkap diisi dengan terang.
  3. Borang permohonan hendaklah disertakan dengan gambar berukuran pasport, sesalinan surat beranak, kad pengenalan, sijil-sijil akademik dan persekolahan yang telah disahkan dari salinan asal. 
  4. Permohonan daripada pegawai-pegawai yang sedang berkhidmat dengan Kerajaan, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan hendaklah dibuat melalui Ketua Jabatan Mengikut Perintah Am Bab ‘A’ 17.
  5. Semua permohonan hendaklah dialamatkan kepada:
    YANG DIPERTUA
    MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR
    JALAN BUKIT KERAJAAN
    44000 KUALA KUBU BHARU.
    (u.p.: Bahagian Pengurusan Sumber Manusia)
  6. Permohonan yang lewat dan tidak lengkap tidak akan diterima dan dipertimbangkan.
  7. Tarikh tutup permohonan pada 29 April 2011
IKLAN JAWATAN KOSONG

Post a Comment

0 Comments