Jawatan Kosong di Majlis Perbandaran Nilai

 
MAJLIS PERBANDARAN NILAI 
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS

Permohonan adalah dipelawa daripada WARGANEGARA MALAYSIA dan keutamaan adalah daripada rakyat Negeri Sembilan Darul Khusus yang berkelayakan dan berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklan adalah untuk mengisi kekosongan jawatan-jawatan seperti berikut:-
BIL JAWATAN & GRED JUMLAH KEKOSONGAN & TARAF JAWATAN
1.Penolong Akauntan W27 1 (Tetap)
2.Pembantu Tadbir(Kewangan) W17 1 (Tetap)
1.Syarat Lantikan, Gaji, Elaun dan Cara Memohon:-
- Sila layari laman web Majlis Perbandaran Nilai di alamat www.mpn.gov.my .
- Kelayakan yang melebihi syarat lantikan adalah digalakkan memohon
A.PENOLONG AKAUNTAN - GRED W27
 (i)
Diploma dalam bidang pengajian perniagaan, kewangan, perbankan atau perakaunan yang diiktiraf oleh Kerajaan daripada institusi-institusi pengajian tinggi tempatan atau kelayakan setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred W27: P1T5) dan
DAN
Lulus Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan 
Gaji:P1T5   RM1475.29
Elaun:ITKA  RM 160.00
ITP     RM 180.00
BSH   RM 200.00
B.PEMBANTU TADBIR (KEWANGAN) - GRED W17
 (i)Sijil Pelajaran Malaysia atau kelayakan yang diktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan serta kepujian dalam subjek Matematik pada peringkat peperiksaan tersebut; (Gaji permulaan ialah pada Gred W17: P1T1); atau
 (ii)Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Pertengahan (Simpan Kira-Kira) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred W17: P1T2); atau
 (iii)Sijil Pelajaran Malaysia serta Sijil Perdagangan Malaysia peringkat Tertinggi (Perakaunan) atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred W17: P1T5); atau
 (iv)sijil dalam bidang pengurusan perniagaan atau penyimpan kira-kira yang diiktiraf setaraf dengannya. (Gaji permulaan ialah pada Gred W17: P1T9);
DAN
Kepujian Bahasa Malaysia / Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia yang diiktiraf setaraf dengannya oleh Kerajaan 
Gaji:Gaji: P1T1 RM 821.89, P1T2 RM871.80 , P1T5 RM1021.53, PIT9 RM1221.17
Elaun:ITKA   RM 115.00
ITP      RM 180.00
BSH    RM 200.00
2.CARA- CARA MEMOHON:
 i) .
Permohonan hendaklah dibuat di dalam Borang Permohonan Jawatan (MPN. 1/01) yang boleh didapati daripada Bahagian Pentadbiran dan Sumber Manusia Majlis Perbandaran Nilai berharga RM1.00 atau mengirimkan sampul surat berukuran 22 cm x 35 cm bersetem 60 sen yang beralamat sendiri berserta wang kiriman pos bernilai RM1.00
Borang yang lengkap diisi hendaklah ditulis nama jawatan di bahagian atas sebelah kiri sampul surat dan dikirimkan ke alamat berikut :-
YANG DIPERTUA
MAJLIS PERBANDARAN NILAI
NO. 1, KOMPLEKS PENTADBIRAN KERAJAAN
PERSIARAN PUSAT BANDAR, PUTRA NILAI
PETI SURAT 52
71800 NILAI
NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
 ii)Pemohonan daripada mereka yang sedang berkhidmat dalam Perkhidmatan Awam, Badan-Badan Berkanun atau Pihak Berkuasa Tempatan mestilah mengemukakan borang permohonan tersebut melalui Ketua Jabatan masing-masing dan hendaklah disertakan dengan Salinan Penyata Rekod Perkhidmatan yang kemaskini serta Laporan Penilaian Prestasi Terkini.
 iii)Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah disertakan dengan sekeping gambar berukuran pasport, salinan kad pengenalan, sijil lahir, sijil-sijil persekolahan, kelulusan akademik, transkrip keputusan peperiksaan semua semester;
 iv)Permohonan yang lewat, tidak lengkap atau tidak mengikut syarat di atas tidak akan dipertimbangkan;
3.TARIKH TUTUP PERMOHONAN: 10 JUN 2011

Post a Comment

0 Comments