Jawatan Kosong di Universiti Malaysia Pahang



Adalah dimaklumkan bahawa iklan jawatan kosong bagi jawatan akademik telah dibuka bagi memenuhi keperluan jawatan seperti yang tersebut di bawah :-
  1. Profesor (Gred VK7)
  2. Profesor Madya (Gred DS53)                                           
  3. Pensyarah Kanan (Gred DS51)                          
  4. Pensyarah (Gred DS45)                                            
  5. Guru Bahasa (Gred DG41) * Jawatan hanya ditawarkan di Pusat Bahasa Moden & Sains Kemanusiaan Sahaja.             
Sesiapa yang berminat bolehlah memohon jawatan tersebut melalui laman web rasmi UMP, www.ump.edu.my.  Keterangan lanjut berkenaan dengan jawatan dan syarat-syarat lantikan boleh diperolehi di dalam laman web rasmi UMP (Kerjaya @ UMP). 
Borang permohonan yang lengkap bersama-sama dengan resume dan salinan sijil-sijil yang telah disahkan hendaklah dihantar ke Unit Perjawatan & Cuti Belajar, Jabatan Pendaftar selewat-lewatnya pada 10 Jun 2011 (Jumaat). Sebarang pertanyaan bolehlah berhubung dengan Unit Perjawatan & Cuti Belajar di talian 2522/2523/2521.

Post a Comment

0 Comments