Bagaimana mengakses Netflix USA di negara lain menggunakan VPN percuma



Netflix semakin popular setiap hari dan salah satu sebab utama ialah jumlah kandungan Netflix yang ada sekarang. Walau bagaimanapun, jika anda tinggal di luar US, kemungkinan besar anda tidak mempunyai akses kepada semua kandungan yang ditawarkan oleh Netflix. Ini kerana terdapat banyak kandungan yang memerlukan penapisan dan peraturan lain yang berbeza dari sesebuah negara.


Jangan risau. Jalan penyelesaian untuk mengakses Netflix US adalah menggunakan VPN. Bagi mereka yang tidak tahu, VPN (Virtual Private Network) atau Rangkaian Peribadi Maya melangkaui rangkaian awam atau kongsi dan bertindak sebagai terowong supaya anda boleh bertukar data dengan selamat dan tanpa nama (anonymously) di seluruh internet seolah-olah anda telah disambungkan terus ke rangkaian peribadi. Selain itu, VPN juga menyembunyikan lokasi sebenar anda supaya anda boleh mengakses kandungan yang mungkin tidak boleh diakses. Beberapa tahun lalu, kandungan Netflix di US boleh diakses dengan mudah tetapi syarikat tersebut telah membuat beberapa perubahan dengan menyekat pengguna daripada streaming ketika menggunakan VPN.


Walau bagaimanapun, terdapat beberapa VPN yang boleh memintas keselamatan rangkaian Netflix dan membolehkan pengguna streaming pada rangkaian VPN. Malangnya, hampir semua VPN tersebut adalah VPN berbayar dan mahal. Namun sekiranya anda mempunyai pelayar internet Opera, anda boleh menggunakan salah satu fungsi yang terdapat di dalam Opera iaitu Opera VPN. Opera VPN boleh memintas rangkaian keselamatan Netflix dan yang menariknya ianya adalah PERCUMA. Sekiranya anda seorang yang suka menonton kandungan di dalam Netflix tetapi tidak mahu membayar untuk VPN maka anda boleh mengikuti langkah-langkah di bawah untuk menggunakan Opera VPN : 
  • Muat turun dan install Opera Browser untuk Windows jika anda belum memilikinya lagi. 
  • Setelah selesai install, buka Opera dan pergi ke Settings 
  • Dalam Settings, pergi ke Advanced > Privacy and Secrity dan cari VPN 
  • Dayakan pilihan VPN dan sekarang anda akan melihat ikon VPN di sebelah bar alamat di bahagian atas 
  • Klik pada ikon VPN di bahagian atas dan pilih rantau yang anda ingin akses. Opera menyediakan tiga kawasan geografi yang luas iaitu Asia, Eropah dan Amerika 
  • Apabila rantau dipilih, anda boleh menghidupkan VPN 
  • Sekarang pergi ke laman web Netflix dan anda boleh menonton Rancangan TV atau Filem kegemaran anda. 
Dengan menggunakan Opera VPN, anda boleh mengakses kepada rancangan dan filem kegemaran anda yang mungkin tidak terdapat di rantau anda. Satu-satunya kelemahan untuk menggunakan Opera VPN ialah ia berfungsi di kawasan geografi yang luas jadi jika pertunjukan atau filem terhad kepada satu negara maka ia mungkin mengambil beberapa percubaan sebelum anda mendapatkan hak wilayah/kawasan tersebut. Selain itu, kelemahan menggunakan mana-mana VPN adalah kelajuan internet berkurang tetapi anda mungkin tidak mempunyai masalah itu sekiranya mempunyai sambungan internet yang baik.

Post a Comment

0 Comments