Kenali Jajahan Tumpat



Jajahan Tumpat ialah sebuah jajahan di negeri Kelantan. Jajahan ini terletak kira-kira 15 kilometer dari bandar Kota Bharu, ibu negeri Kelantan. Jajahan Tumpat telah dibina pada 1 Januari, 1949 di Kawasan Padang Mahkota iaitu di hadapan kediaman rasmi Ketua Jajahan. Kepesatan pembangunan yang dialami di Jajahan Tumpat pada waktu itu serentak dengan perkembangan pelabuhan dan stesen keretapi yang merupakan nadi perhubungan dan pengangkutan di Pantai Timur.

Jajahan Tumpat adalah satu-satunya jajahan yang paling kecil antara jajahan di Negeri Kelantan dengan keluasannya hanya 169.5 km2. Bagaimana pun Tumpat merupakan jajahan yang paling unik sekali kerana mempunyai dataran dan beratus-ratus buah pulau sungai (River Island) yang tidak berbukit yang amat sesuai serta berpotensi untuk dijadikan kawasan Pelancongan Antarabangsa. 

Antara pekan utama di Jajahan Tumpat adalah 
  1. Bandar Tumpat 
  2. Palekbang 
  3. Pengkalan Kubur 
  4. Wakaf Bharu 
Tempat-tempat menarik : 
  1. Masjid Al-Ismaili, Pasir Pekan 
  2. Masjid Wakaf Bharu 
  3. Pantai Sri Tujuh 
  4. Pantai Suri 
  5. Kawasan Bebas Cukai Pengkalan Kubor 
  6. Info Geleri Tengku Anis 
  7. Stesen Keretapi Tumpat 
  8. Wat Machimmaram 
  9. Wat Prachumthat Canaram 
  10. Wat Phikulthong Vararam 
  11. Wat Phothiviharn 
Pusat beli belah dan Pasaraya : 
  1. Pasaraya Pkt Wakaf Bharu 
  2. Pasaraya Salamku Pasir Pekan 
  3. Pasaraya Salamku Taman Indah 
  4. Pasaraya Pantai Timur 
  5. Pasaraya Supermas Tumpat 
  6. Kompleks Bebas Cukai Pangkalan Kubur 
Tempat bersejarah : 
  1. Istana Bukit Tanah 
  2. Bangunan Majlis Daerah Tumpat 
  3. Kelab Kasino 
  4. Suluk Tok Selehor 
  5. Makam Tok Janggut 
  6. Masjid Kampung Laut 
  7. Kolah Masjid Kampung Laut 
  8. Mimbar Masjid Kampung Laut 
  9. Sungai Raja Gali Pasir Pekan 
  10. Jambatan Bijih Jubakar Pantai 
  11. Kubu British (1942) Tumpat 
  12. Rumah Api Tumpat 
  13. Pondok Agama Berangan 
  14. Pondok Agama Talak 
  15. Tugu Pendaratan Vietnam 

Post a Comment

0 Comments