Sayangi Suami Anda Selagi Dia Masih Ada


Di sebuah kedai sukan seorang isteri bertengkar dgn suaminya dan menyuruh suaminya masuk ke dlm kedai sukan sementara dia duduk di bangku tidak ikut sama. Ia diperhatikan oleh seorang makcik yang berumur dalam 60-an. Makcik itu hampiri wanita tersebut lalu bertanya :

"Apa masalah ni nak marah-marah pada suami, maaf makcik bertanya".

Isteri itu menjawab :

"Takde apa makcik. Suami saya ni ajak masuk dalam kedai kasut ikut dia cari-cari barang. Saya malas la makcik letih dan bosan dengan perangai orang lelaki ni".

Makcik tu tersenyum sambil berkata : 

"Nak makcik dulu dengan suami makcik pergi ke mana-mana berdua. Tapi suami makcik baru 5 bulan meninggal.. Kami lebih kurang sebaya. Kami polis. Bila bersara, kami sama-sama ke Mekah. Kami tinggal berdua di rumah sebab anak-anak kami 8 orang semuanya dah kahwin dan tinggal di rumah masing-masing2..."

"Suami makcik malangnya mengidap kencing manis dan darah tinggi. Tiap-tiap hari kena makan ubat. Dia selalu tak berapa cergas dan makcik la yang menjaganya. Kini dia telah tiada dan makcik rasa amat keseorangan. Siang rasa terlalu panjang dan malam terlalu sunyi"

"Tiap-tiap satu benda kepunyaan arwah mengingatkan makcik padanya. Sebak dan sedih melihat ubat-ubat yang masih belum dimakannya. Ada nombor hp dia tapi makcik tau dia tak akan jawab panggilan dan mesej whatsapp kepadanya pun dia tak akan baca..."

"Dulu makcik tidur dikatil di sebelah bahagian sebab dia ada di sebelah. Tapi sekarang makcik tidur sorang-sorang di tengah-tengah katil. Bila ke dapur sekarang makcik sorang-sorang buat sarapan. Tiada lagi kami ke surau bersama. Bayangkan nak.. kami punyai sorang satu kereta tapi sekarang kereta dia kaku tak bergerak cuma sesekali makcik pandu"

"Oleh itu nak, sementara suami anak masih ada.. hargai lah dia dan sayangi lah dia. Kita hidup sementara di dunia ini. Makcik hari-hari ke pusaranya dan makcik selalu berkata di pusaranya... 'kau pegi la dulu, sayang akan ikut kemudian...' "

"Maaf makcik hanya berkongsi dan makcik balik dulu..."

Si isteri terpegun dan terus bangun masuk ke kedai kasut mencari suaminya.

Moral of the story : Sayangi suami anda.
Share cerita ini kepada kepada isteri anda dengan mesej "Sayangilah suami anda sebelum wanita lain mengintai dan mengambil suami anda"  :-D

Post a Comment

0 Comments