Jawatan Kosong di Perbadanan Putrajaya


Iklan Jawatan Kosong dari Perbadanan Putrajaya seperti dilampiran mulai dari tarikh 24 MAC 2019 (AHAD)

Kelayakan umum bagi jawatan-jawatan seperti di lampiran adalah seperti berikut:
  1. Warganegara Malaysia
  2. Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan.
  3. Had umur calon yang sedang berkhidmat dengan kerajaan, Badan Berkanun dan Pihak Berkuasa Tempatan adalah tidak melebihi 50 tahun. Manakala had umur calon yang memohon bagi Kenaikan Pangkat Secara Lantikan (KPSL) adalah tidak melebihi 54 tahun pada tarikh lantikan.
Syarat kelayakan terperinci dan proses permohonan mengikut jawatan adalah seperti berikut:
  1. Syarat kelayakan bagi setiap jawatan boleh didapati melalui laman web https://www.jobsmalaysia.gov.my
  2. SEMUA permohonan perlu dibuat terus secara ONLINE melalui portal JobsMalaysia di dalam laman web yang sama. 
  3. Taraf Jawatan: KONTRAK
  4. Tarikh Tutup Permohonan ialah pada 07 APRIL 2019
  5. Hanya pemohon yang layak selepas tapisan dan disenarai pendek sahaja akan dipanggil untuk ditemuduga. Pemohon-pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas 12 bulan dari tarikh tutup permohonan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.

Jawatan-Jawatan Untuk Diisi : 
  1. Pembantu Tadbir (Kewangan) Gred W19
  2. Pereka Gred B19
  3. Penolong Juruukur Gred JA29
  4. Penolong Pegawai Penguatkuasa Gred KP29
  5. Pegawai Khidmat Pelanggan Gred N17
  6. Pembantu Penguatkuasa Gred KP19
  7. Pembantu Kesihatan Awam Gred U19
  8. Penolong Pegawai Kawalan Alam Sekitar Gred C29
  9. Penolong Arkitek Landskap Gred JA29
  10. Ahli Muzik Gred B29
  11. Penolong Pegawai Seni bina Gred JA29
  12. Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran Gred U29
  13. Penolong Pegawai Pertanian Gred G29
  14. Pegawai Perancang Bandar dan Desa Gred J41
  15. Pegawai Pertanian Gred G41
  16. Penolong Juruukur Bahan Gred JA29
  17. Pegawai Tadbir Gred N41
  18. Arkitek Landskap Gred J41
  19. Jurutera Gred J41
  20. Arkitek Gred J41

Post a Comment

0 Comments