Kemukjizatan Nombor di dalam Al-Quran



Surah Al-Alaq adalah wahyu pertama yang turun mengenai kenabian (nubuwwah) Muhammad SAW manakala Surah Al-Muddaththir (سورة المدّثر) adalah wahyu pertama mengenai kerasulan (risalah) baginda. 

Az-Zarkasyi menjelaskan di dalam Al-Burhan fi Ulum Al-Quran, wahyu nubuwwah adalah wahyu yang diberikan kepada seseorang melalui perantara malaikat dengan membawa kewajipab (taklif) khusus, manakala wahyu risalah adalah wahyu yang diberikan kepada seseorang melalui perantara malaikat dengan membawa kewajipan umum.

Surah Al-Muddaththir merupakan surah ke-74 di dalam Al-Quran. Surah ini tergolong dalam surah Makkiyah yang terdiri daripada 56 ayat. Dinamakan Al-Muddaththir yang bererti "orang yang berselimut" diambil dari perkataan Al-Muddaththir yang terdapat pada ayat pertama surat ini.

Secara keseluruhannya, Surah Al-Muddaththir ini mengandungi perintah untuk berdakwah, mengagungkan Allah, membersihkan pakaian, menjauhi maksiat, memberikan sesuatu dengan ikhlas, bersabar dalam menjalankan perintah dan menjauhi larangan Allah. Surah ini juga memperingatkan tentang azab orang-orang yang menentang Nabi Muhammad SAW dan mendustakan Al-Quran. Di bahagian akhir surah ini menceritakan bahawa tiap-tiap manusia terikat dengan apa yang mereka lakukan.

Dalam surah ini, Al-Quran menceritakan mengenai neraka Saqar.



Ertinya : 

"(Disebabkan kekufurannya itu) Aku akan masukkan dia ke dalam neraka Saqar. Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan neraka Saqar itu? Ia membakar mangsanya dengan tidak meninggalkan sisa, dan tidak membiarkannya (binasa terus). Ia terus-menerus membakar kulit manusia! Pengawal dan penjaganya adalah sembilan belas (malaikat)."


Muncul pertanyaan di sini, mengapa harus angka 19? Adakah 19 adalah angka jumlah malaikat atau jenis makhluk yang tidak kita ketahui.

Sayyid Quthb menyatakan dalam Tafsir fi Zhilal Al-Quran,

"Mengapa harus 19? Apapun petunjuk angka tersebut, yang pasti ini merupakan persoalan yang hanya diketahui oleh Allah yang mengatur alam semesta dan menciptakan segala sesuatu menurut ukurannya."

Post a Comment

0 Comments