Kehancuran Bani Israel


  1. Negara Israel, sesuai dengan ramalan wujud selama 76 tahun (yang bererti 19 x 3) menggunakan tahun qamariah disebabkan oleh bangsa Yahudi sendiri menggunakan kalendar lunar. Jika ramalan ini benar-benar sah, maka negara Israel yang wujud secara haram pada tahun 1948 / 1368H akan runtuh pada tahun 1443H (1368+76) atau sekitar tahun 2022.
  2. Surah Al-Isra' juga disebut sebagai Surah Bani Israel. Surah ini membicarakan tentang 2 jenis kerosakan yang dilakukan oleh Bani Israel di muka bumi.

    Dan Kami telah memberikan Nabi Musa Kitab Taurat, dan Kami jadikan Kitab itu petunjuk bagi Bani Israil (serta Kami perintahkan mereka): "Janganlah kamu jadikan yang lain daripadaKu sebagai Tuhan (untuk menyerahkan urusan kamu kepadanya)". (Wahai) keturunan orang-orang yang telah Kami bawa bersama-sama dengan Nabi Nuh (di dalam bahtera)! Sesungguhnya ia adalah seorang hamba yang bersyukur. Dan Kami menyatakan kepada Bani Israil dalam Kitab itu: "Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau. Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang pertama dari dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat ganas serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (membunuh dan membinasakan kamu); dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang tetap berlaku. Kemudian (setelah kamu bertaubat), Kami kembalikan kepada kamu kekuasaan untuk mengalahkan mereka, dan Kami beri kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan dan anak pinak, serta Kami jadikan kamu kaum yang lebih ramai pasukannya.
    Surah Al-Isra' : 2-6

    Kerosakan pertama yang dilakukan oleh Bani Israel telah terjadi pada masa sebelum Islam. Sementara yang kedua atau yang terakhir adalah sejak berdirinya negara haram Israel di bumi Palestin pada tahun 1948.
    Sebagai catatan, ungkapan "wa'd al-akhirah" (hukuman yang kedua) disebut 2 kali di dalam surah ini.


    Jika kamu berbuat kebaikan, (maka faedah) kebaikan yang kamu lakukan adalah untuk diri kamu; dan jika kamu berbuat kejahatan, maka (kesannya yang buruk) berbalik kepada diri kamu juga. Oleh itu, apabila sampai masa janji (membalas perbuatan derhaka kamu) kali kedua, (Kami datangkan musuh-musuh kamu) untuk memuramkan muka kamu (dengan penghinaan dan keganasannya); dan untuk memasuki masjid (BaitulMaqdis) sebagaimana mereka telah memasukinya pada kali yang pertama; dan untuk menghancurkan apa sahaja yang mereka telah kuasai, dengan sehancur-hancurnya.
    Surah Al-Isra' : 7


    Dan Kami katakan kepada Bani Israil, sesudah Firaun (dibinasakan): "Tinggalah kamu di negeri itu kemudian apabila datang tempoh hari akhirat, Kami datangkan kamu (ke Padang Mahsyar) dengan bercampur-aduk.
    Surah Al-Isra' : 104

    Jika dihitungkan kata dari ayat ke 7 hingga ayat 104 surah Al-Isra', maka kita akan dapati terdapat 1443 kata. Jumlah ini sesuai dengan apa yag diramalkan tentang tahun keruntuhan negara haram Israel iaitu tahu 1443H.
  3. Rasulullah SAW berhijrah pada 20 Septermber 622M. Ibnu Hazm az-Zahiri mengemukakan bahawa para ulama berijmak bahawa peristiwa Isra' Mikraj terjadi 1 tahun sebelum peristiwa hijrah iaitu 621M. Selain itu, waktu turunnya permulaan Surah Al-Isra' ini tidak mungkin berselang terlalu lama dari peristiwa Isra' Mikraj itu sendiri. Jika ramalan bahawa negara haram Israel akan runtuh pada tahun 1443H, maka jumlah tahun sejak turunnya ramalan terssebut hingga runtuhnya negara haram Israel adalah 1444 tahun (sebab Surah Al-Isra' turun 1 tahun sebelum hijrah). Jika diteliti, angka ini merupakan hasil daripada 19 x 76 yang merupakan jumlah tahun umur negara haram Israel.
  4. Nabi Sulaiman AS meninggal dunia pada tahun 935SM dan kerajaannya berpecah-pecah. Dari situlah bermula awal kerosakan pertama Bani Israel yang disentuh dalam permulaan Surah Al-Isra' dan akhir kerosakan kedua yang bakal terjadi pada tahun 2022M atau 1443H. Jika dihitung jumlah tahun sejak permulaan kerosakan pertama (935SM) hingga peristiwa Isra' Mikraj (621M) adalah 1556 tahun syamsiah. Sementara jumlah tahun sejak peristiwa Isra; Mikraj  hingga akhir kerosakan kedua adalah 1444 tahun qamariah. 1556 merupakan jumlah kata di dalam Surah Al-Isra'
Sumber : Zawal Israel 2022 / Kebinasaan Israel Tahun 2022

Post a Comment

0 Comments