Kenali Jajahan Machang



Machang merupakan salah satu daripada 11 jajahan pentadbiran negeri Kelantan Darul Naim yang terletak di tengah negeri Cik Siti Wan Kembang dengan keluasan 546.26 km persegi. Machang juga merupakan nama sejenis pokok buah.

Mengikut sejarah, ia mula dibuka pada tahun 1880 oleh sekumpulan penduduk kampung dari Pasir Tumboh di Kota Bharu yang diketuai oleh En.Senik. Pada awal pembukaan kampung ini aktiviti utama yang dijalankan oleh penduduk untuk menyara kehidupan mereka ialah pertanian dan perniagaan.

Pada awal penubuhannya iatu sekitar tahun 1949 Jajahan Machang telah dijadikan jajahan kecil. Namun, pada 1 Januari 1952 disebabkan kepesatan dalam pembangunan dan kegiatan ekonomi di Jajahan Machang ia telah dijadikan jajahan sepenuhnya.

Terdapat 6 daerah di Machang iaitu 

  1. Labok
  2. Pulai Chondong
  3. Panyit
  4. Pangkal Meleret
  5. Ulu Sat
  6. Temangan.

Di bahagian utara jajahan Machang terdapat jajahan Kota Bharu, di timurnya Jajahan Pasir Puteh dan bersempadan dengan Negeri Terengganu, di barat ialah Jajahan Tanah Merah manakala di selatan ialah Jajahan Kuala Krai.

Antara tarikan tempat menarik di jajahan ini ialah 

  1. Menara Masjid Pulai Condong
  2. Kolam air panas yang terletak di Kampung Rengas Tok Bok
  3. Hutan Lipur Bukit Bakar
  4. Air Terjun Jeram Linang
  5. Hutan Lipur Cabang Tongkat
  6. Jambatan Guillemard
  7. Lombong Bijih Besi Temangan

Post a Comment

0 Comments