Blog Pena Hijau : Hijaukan Bumi Allah

Bersyukur Dengan Apa Yang Ada

bersyukur


Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang.

Alhamdulillah..... Diberi kesempatan umur yang panjang dan kesihatan yang baik. Antara nikmat yang diberikan Allah kepada hambaNya. Bersyukurlah dengan apa yang telah dikurniakan kepada kita pada hari ini dan sebelumnya. Tiada siapa yang dapat memberi jaminan yang kita masih ada hari esok untuk mensyukurinya. Allah SWT telah berfirman bahawa nikmat yang dikurniakanNya memang tidak terhitung. Tetapi, kita sebagai hambaNya, adakah kita mensyukuri nikmat-nikmat itu?

"Dan jika kamu menghitung nikmat Allah, nescaya kamu tidak dapat menentukan jumlahnya. Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Pengampun lagi Maha Penyayang."
(An-Nahl: 18)
Sebagai manusia biasa, memang lumrah kita sentiasa tidak berpuas hati dengan apa yang kita ada. Nafsu yang ada dalam diri kita ditambah lagi dengan hasutan syaitan ke telinga kita membuatkan kita sentiasa merungut dan mengeluh, sedangkan Allah lebih mengetahui apa yang dirancangNya. Bersyukurlah kita dengan nikmat yang dikurniakan Allah. Tidak semua nikmat yang kita terima, orang lain juga terima. Tidak semua nikmat itu akan kita perolehi lagi dan Allah boleh menarik nikmat itu bila-bila masa sahaja.

Jika tidak dapat apa yang kita suka, belajarlah menerima apa yang kita dapat dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada. :)


Be Grateful For What You Have...

Post a Comment

0 Comments