Blog Pena Hijau : Hijaukan Bumi Allah

Crisis On Infinite Earths



Bagi yang mengikuti drama bersiri The CW, pasti tidak asing dengan episod crossover antara Arrow, Supergirl, The Flash dan DC's Legends of Tomorrow. Tahun ini, crossover "Crisis on Infinite Earths" merupakan kesinambungan daripada crossover tahun lepas "Elseworlds". Ia juga akan menjadi crossover terakhir bagi Arrow memandangkan tahun ini merupakan season terakhir drama bersiri berkenaan.

Krisis pada kali ini akan melibatkan drama superhero terbaru di The CW iaitu Batwoman disamping memperkenalkan watak baru Black Lightning. 

"Crisis on Infinite Earths" akan bermula dengan Supergirl pada hari Ahad 8 Disember (di US. 9 Dis untuk tayangan di Malaysia melalui saluran Warner TV di astro 719 dan di unifi 451). Ia akan diteruskan dalam siri Batwoman pada hari Isnin 9 Disember (di US) dan The Flash pada hari Selasa 10 Disember (di US). Diikuti pula pada hari Selasa 14 Januari (di US) dengan episod baru Arrow sebelum berakhir dengan Legends of Tomorrow pada hari yang sama.

Menariknya crossover kali ini akan melibatkan pelakon Smallville, Tom Welling sebagai Clark Kent dan Erica Durance sebagai Lois Lane dalam episod Batwoman. Sayangnya, Michael Rosenbaum yang berperanan sebagai Lex Luthor di dalam Smallville tidak dapat menyertai crossover ini. Cuma bagi yang tak pernah mengikuti drama bersiri The CW ini, mungkin akan memeningkan untuk memahami tentang dunia multiverse. Selain memegang watak Lois Lane, Erica Durance juga memegang watak sebagai ibu kepada Kara di dalam Supergirl.

Tyler Hoechlin yang memainkan watak Man of Steel dalam Supergirl bukanlah satu-satunya Superman di dalam crossover ini. Brandon Routh yang memegang watak Ray di dalam Legends of Tomorrow juga akan memainkan peranan Superman dari masa yang berbeza. Brandon Routh pernah memegang watak Clark Kent/Superman di dalam filem Superman Return pada tahun 2006 dulu.



#crossover #thecw #crisisoninfiniteearths #superman #manofsteel #supergirl #batwoman #arrow #legendsogtomorrow #smallville #tomwelling #ericadurance #supermanreturn

Post a Comment

0 Comments