Blog Pena Hijau : Hijaukan Bumi Allah

Al-Fatihah Buat Tok Wan


Jumaat 30 Januari 2015, pagi tu dikhabarkan berita sedih oleh Ma, mak saudara aku dan juga kakak mak aku. Tok Wan atau nama sebenarnya Wan Fatimah bt Wan Ismail pergi meninggalkan kami semua buat selamanya untuk menghadap Ilahi. Belum pun reda dengan segala kerugian dan kerosakan harta benda akibat peristiwa banjir besar pada akhir Disember 2014, pemergian Tok Wan begitu meninggalkan kesan kepada kami semua. Seminggu kemudian, disusuli pula dengan pemergian Tok Guru Nik Abdul Aziz b Nik Mat, mantan Menteri Besar Kelantan. 

Hari ini genap 5 tahun pemergian Tok Wan. Semoga arwah Tok Wan dicucuri rahmat Allah. AL-FATIHAH...

Post a Comment

0 Comments