HRPZ II Kurang Bekalan Darah : Pena Hijau
Khas Untuk Penjawat Awam
15 May 2013
Tolonglah!! Mereka Sangat Memerlukan Doa Anda
18 Aug 2013
Khas Untuk Penjawat Awam
15 May 2013
Tolonglah!! Mereka Sangat Memerlukan Doa Anda
18 Aug 2013
icon follow us

Sekadar perkongsian..
Pandangan Syeikh Dr. Yusuf Al-Qardhawi berkaitan dengan pendermaan darah..
Beliau melihat menderma darah ini merupakan satu cara bersedekah yg cukup utama. Ini disebabkan disamping memberi, keperluan darah dikala kritikal membantu pesakit dan dapat menyelamatkan nyawa.
Dan barangsiapa yang memelihara kehidupan seorang manusia, maka seolah-olah dia telah memelihara kehidupan manusia semuanya. (QS. AL-Maidah: 32)
Siapa yang membebaskan seorang muslim dari bebannya di dunia, maka Allah akan membebaskannya dari bebannya di hari kiamat. (HR Bukhari dan Muslim)
Hukum Menderma Darah
Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-4 yang bersidang pada 13-14 Apr 1982 telah membincangkan Derma Darah Dan Penggunaan Darah Orang Islam Kepada Orang Bukan Islam Dan Sebaliknya. Muzakarah telah memutuskan bahawa: 
  • Menderma darah hukumnya harus. 
  • Tidak perlu diasingkan darah orang Islam daripada darah orang bukan Islam 
  • Penghargaan dalam bentuk bayaran kepada penderma darah adalah tidak digalakkan. 
Bekas Mufti Mesir Sheikh Husin Muhamad Al-Makhluq dalam kitabnya Fatwa Asy Syariah wal Buhuth al-Islamiyah, muka surat 195 menjelaskan mengenai hukum harus memindahkan darah manusia kepada manusia yang lain untuk perubatan seperti berikut:

“Bahawa darah yang mengalir itu walaupun haram dari segi syarak, dengan berpandukan nas al-Quran, tetapi keadaan darurat yang memaksa untuk perubatan/merawat dengannya maka diharuskan mengambil munafaat dengannya bagi perubatan/rawatan dengannya dipindahkan dari seseorang kepada seseorang yang lain (pesakit), apabila diakui oleh seseorang doktor yang beragama Islam dan pakar yang mengenai halnya. Semua ahli-ahli fiqh Islam mengharuskan rawatan/perubatan dengan benda-benda yang haram dan najis, apabila tidak didapati benda-benda yang suci (ubat-ubat yang suci) yang mengambil tempatnya, bilamana seseorang doktor Muslim yang pakar berpendapat bahawa untuk menyelamatkan nyawa seseorang pesakit terhenti kepada pemindahan darah kepadanya dari seseorang yang lain (sihat), maka hukumnya adalah harus pada segi syarak melakukan demikian”.

Program Kempen Derma Darah
Tarikh : 13 – 15 Ogos 2013
Tempat : Unit Pendermaan Darah Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu.
Masa : 08:00 pg – 05:30 ptg (termasuk waktu rehat tengahari. Hari Khamis ditutup pukul 04:00 ptg)
Tarikh : 16 & 17 Ogos 2013
Tempat : Tingkat 1, KB Mall, Kota Bharu (Depan Reject Shop)
Masa : 10:00 pg – 04:00 ptg
alkhudhri
alkhudhri
Semoga artikel ini dapat memberi info kepada pembaca. Penulis sangat mengalu-alukan pembaca untuk memberikan komen, like atau kongsikan di mana-mana media sosial. Terima Kasih.

Leave a Reply

HRPZ II Kurang Bekalan Darah
This website uses cookies to improve your experience. By using this website you agree to our Data Protection Policy.
Read more